Sunday, 25 September 2011

gambar dan video alam sekitar



Pengertian Alam Sekitar


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:
  1. Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku
  2. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga,sinarancas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Sumber Alam Sekitar


Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan.

Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

Klik pada pautan-pautan berikut untuk mengetahui tentang langkah-langkah penjagaan alam sekitar.