Sunday, 2 October 2011

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEWKITAR


Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil langkah-langkah untuk  mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan
       kenderaan .
( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan
( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.

Pengolahan Alam Hidupan
Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab
1   Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan
     tempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .
2   Dalam  usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian , perumahan , industri
     perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau .
 
3   Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi,
     banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar .
4   Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan , makanan , ubatan , kulit dan bulu
     turut susut bilangannya .
 
5   Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah
     akibat aktiviti manusia .
 
6   Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya . contohnya , burung dodo ,
     harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi .
7    Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait
      rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan .

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan
1    Makanan : manusia  bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan
      haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang
      semakin meningkat .
2    Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada
      haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai
      potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya .
3    Sumber bahan mentah
     ( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat
            kertas .
    ( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .

4    Keseimbangan alam sekitar :
  ( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan
          alam .
  ( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan
          manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh
          tumbuhan dalam fotosintesis .
  ( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu
          membantu mengawal pencemaran udara .
  ( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh
          daripada berlaku semasa hujan turun .
  ( e )  Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan
           penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .

5     Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi
       empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia .

6     Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti
       riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada
       ekonomi negara .

7    Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak ,
      damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .
 
 KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
1     Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah
       seperti :
( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika ( bunga pakma , orkid - orkid liar
        dan pisang liar ) .
( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) .
( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong , dan ular sawa ) .
( d ) Serangga .
( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau .
2     Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan :
( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal .
( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian
       serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan .
( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk dagaing dan lemaknya .

Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar
 
1     Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan
         untuk generasi yang akan datang .
2       Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanan dan keperluan lain diperlukan
         daripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies
         hidupan yang ada .
3       Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk :
( a )   Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya , hutan dara , hutan simpanan ,
         dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ;  T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak ) .
( b )   Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha
         pemeliharaan .
( c )   Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang
         ( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) .
( d )   Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) ,
          tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ) .Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan -
          haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya .
( e )    Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang  ,
           Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi .
( f  )    Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun
           dibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan , siamang ,
           kera , badak Sumatera dan harimau .
( g )     Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar .
( h )     Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar .
( i  )     Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang .
( j  )     Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
            hidupan liar .
( k )     Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air . 

1 comment: